.

Andai Rasullullah melihatku Berfacebook :'(




Assalamualaikum .. hai , awak yg di sane tu .. saye nak berkongsi sedikit entri entah dari siapa , tapi ade sedikit tambahan dari saye 

Tajuknya 'Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook' .. 
Apa yang anda nampak bila dengar tajuk tu ?
Seperti yang kita tahu , setiap sesuatu ada 'pro and cons'nya kan ? Apa kebaikan facebook and apa pula keburukannya ?
Setengah orang cakap facebook ni dapat menambah kenalan .. Ada jugak yang cakap "disebabkan kita friend dengan bermacam umur manusia , so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku .. Contohnya di universiti .. Kira dapat info sikit pasal U .." Hah , ada jugak yang jawab , facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam .. Dan dia cerita pengalaman dia ber'chatting' dengan seorang kristian ..

Muslimah Dan Facebook ?

Nampak tak sebenarnya apa yang saya cuba nak sampaikan melalui tajuk tu ?
Ok , begini ya anak-anak .. ' Kalaulah kan , seandainya Rasulullah s.a.w masih ada , bersama kita , melihat kita .. agak-agak macam mana ? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat .. Peringatan , BILA KITA BERFACEBOOK , Agak-agak kena puji atau kena tegur ?
Sebelum tu kena check dulu .. Apa yang kita buat dengan facebook kita .. Bermanfaat untuk orang lain atau tak ? Dedah aurat tak kat facebook ? Kalau dah tutup aurat pun , masih berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki ? Chatting yang tak penting ? Gambar tayang sesuka hati ? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu .. Cuba check !
Kalau Nabi Muhammad s.a.w tengok bagaimana kita ber 'facebook' ni , agak-agak kena puji tak ? Masa nak berfacebook tu , apa rujukan anda ? Siapa sasaran status anda ? Banyak jenis orang di facebook ni .. Ada yang buat facebook macam diari ..

"Facebook aku , suka hati aku la nak post apa pun ! nak upload gambar dengan pakwe aku ke , lantak akulah .. aku bukannya anak kau pun .. yg ko nak nasihat2kan aku ni kenapa ? "


Amboi , sedapnya bahasa dia .. Ini yang saye baca dari status seorang teman bila dinasihati oleh teman2 nya yg lain .. Tersentak .. Makan dalam kot .. hehe .. Tapi , die lupa bahawa setiap mata yg melihat gambar die dengan pakwe die berpegangan tangan , berpeluk-pelukan macam monyet ' dan macam2 adegan yg selayaknya suami isteri lakukan .. mata-mata yg melihat inilah yg akan menjadi saksi pendakwaan dose die di mahkamah ALLAH itu nanti .. Masa tu , alasan die tu dah tak sah , dah tak VALID lagi dah ..


Sama jugak kalau antum seorang MUSLIM .. Gambar-gambar yg antum upload , memang tak menyebabkan fitnah macam wanita .. Tapi , berhati-hatilah , jangan sampai nak tayang body ( walaupun bukan aurat ) ..

Kemudian , yang sedihnya bila golongan muslimah , yang faham pengertian ikhtilat , yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter'jerumus' dalam the bad side of Facebook .. The bad side of Facebook ? Muslimah ? macam mana tu ? Begini ..
Bagaiman syaitan menghias maksiat , kaburkan pandangan kita .. Yang buruk tu nampak macam baik .. Faham kan ?
Contoh mudah .. Kita couple .. Couple islamik la kononnya .. Datang istilah dari mana pun tak tau la ..
"Kita tak pernah jumpa pun dengan boyfriend kita .. Mesej-mesej je .. Tu pun sebulan dua kali .. Mesej yang elok-elok je la .. Kejut tahajud , subuh , bagi nasihat dan tazkirah .. Kita saling mencintai kerana Allah .. Apa tu orang kata , ukhuwwahfillah ? Ha, ye la tu .. Tak dosa .. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain .. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina .. Kami ingat dosa lagi tau .."
Betul ke ni ?
Contoh dalam facebook .. Kita post status dengan genre Islamik , Kemudian ada la rijal mari bertandang ,
"Bagusla enti ni .. Post status yang bermanfaat untuk semua .. Kalau enti masuk ustazah pilihan confirm menang ni .."
"Eh , takdelah .. Biasa-biasa je .. Enta tu lagi hebat .. Post hadith memanjang .. Kalau masuk Imam Muda , mesti kalah semua orang ." '
Nampak ?


Wahai saudara seangkatan segenderku ! Siapa yang buka ruang sebenarnya ni ? Kemudian kalau ikhwan tu tiba-tiba jadi mesra , mula la nak bersalah sangka , "Eh ,dia ni .. Nampak je waro' tapi miang jugak .." "Tak sangka dia berani nak hint-hint aku .. Dia sedar tak aku ni siapa , dia tu siapa ?"
Hmm , Kasihan muslimin .. Dipersalah terus menerus .. Saudari , jangan salah faham .. Bukan saya nak back up pakatan axis Y ni .. Tapi kadang-kadang ada sesetengah perkara tu salah kita sebenarnya ..
Seterusnya , post status cinta .. Semua status dia tu bertemakan cinta .. Cinta islamik popular sekarang ni kat facebook kan ? Banyak page-page cinta islamik ..
Malah , Buka sahaja facebook .. Dekat home tu boleh dikatakan separuh atau lebih yang bercerita soal cinta .. Termasuk saya , kadang-kadang ..

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu .. Kalau hilang agamamu , maka hilanglah cintaku padamu .."
Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh ..
"Aku menunggumu kerana Allah .."
Remaja , Jangan layu sangat dengan falsafah cinta .. Da'ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja .. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islamik , sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati ..
Jangan salah faham .. Bukan nak cakap benda ni salah .. Baguslah sebenarnya kalau cinta berlandaskan iman .. Tapi takkan itu sahaja yang kita fikir ? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni .. Subhanallah .. Musuh islam pun gerun tengok kita ..
Ada jugak yang spesis 'aku like kau , kau like aku' .. Tiap-tiap status dia like .. Macam pelik je , status yang tak menarik pun di 'like' .. Ni like status ke like tuan status ? Status sesama gender tu kurang pula dia nak like .. Status yang different gender tu juga dia nak like .. Apa tuh orang kata , macam magnet .. Kan ? Kalau North sama North , dia tolak .. North dengan South baru boleh tertarik .. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun tak apala .. Magnet tak kenal halal haram .. Tapi yang kita ni .. Sepatutnya dah terlebih faham kan ..

Lagi satu, pasal gambar .. Kalau boleh tak perlu la nak upload gambar yang jelas terang-terangan sampai nampak segala jerawat .. Muslimah , Walaupun awak tutup aurat dengan sempurna sekalipun , jangan jadikan perkara itu sebagai lesen untuk awak upload gambar sesuka hati .. Kita tak tau hati orang .. Kita tak tau apa yang orang pakatan axis Y tu fikir .. Jadi jagalah perlakuan kita , mahalkanlah mahar maruah kita ..
Kemudian , untuk kamu yang berniqab .. ( untuk saye jugak ) Walaupun hanya nampak mata sahaja , janganlah kamu ambil gambar yang agak 'melampau' .. Bimbang nanti terpesong niat pula .. Moga dijauhkan .. Kita berniqob kerana Allah .. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni .. Jadi , rasanya tak perlu untuk kita letak gambar berniqob yang agak jelas .. Gambar individual , kalau ramai-ramai lain cerita .. Masalahnya gambar yang shooting dekat .. Jelas keindahan mata yang mempesonakan .. (Sila jangan marah ya , saya pun niqobi jugak  )
Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfacebook , apakah reaksinya ?
Kecewakah dia denganku ? Ya Allah , peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan ..

Jadi sekarang ape yg perlu kita buat ?
ok , sekarang keluar dari TIMELINE saye yg agak buruk dan membosankan ni ..
then pergi ke TIMELINE korang , pergi ke file photos korang .. then tengok ade tak gambar2 yg tak patut ade kat situ .. kalau ade DELETE / PRIVATEKAN .. Kalau tak de ALHAMDULILLAH .. BOLEH BALIK AWAL dari SEKOLAH FACEBOOK .. 

Entry ini hanya sekadar perkongsian , pandangan. Take it or leave it .. Don't judge a writing by its author .. Aku hanya hamba yang dhoif , baru belajar nak kenal Tuhan :')

Suasana Hari Akhirat


KALAU TAK NAK BACA TU BERMAKNA IBLIS BERJAYA HALANG KAMU UNTUK BACA,KALAU RASA DIRI KAMU KERDIL SILA BACA .
          




- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

BERSEDIAKAH KITA JIKA BERLAKUNYA ESOK? DGN AMALAN YANG SANGAT2 SIKIT.BAGAIMANA UNTUK KITA MENJAWAB TENTANG AMALAN2 YG TELAH DILAKUKAN?

F.I.K.I.R SEJENAK

Mari menuju ke jalan Nya :)





Dia berpakaian longgar dan menutup aurat. Belum tentu dia solehah... 

Wall FB nya penuh dengan post islamic. Belum tentu dia amalkannya semua... 

Tapi sekurang2nya dia berusaha menjadi lebih baik. Mengikut syariat Islam...

Selagi termampu usah malu utk berubah, Allah tahu niat seseorang... 

A Very Nice Story With A Good Moral


A kindergarten teacher has decided to let her class play a game.

The teacher told each child in the class to bring along a plastic bag containing a few potatoes. Each potato will be given a name of a person that the child hates.

So the number of potatoes that a child will put in his/her plastic bag will depend on the number of people he/she hates.

So when the day came, every child brought some potatoes with the name of the people he/she hated. Some had 2 potatoes;

some 3 while some up to 5 potatoes. The teacher then told the children to carry with them the potatoes in the plastic bag wherever they go (even to the toilet) for 1 week.

Days after days passed by, and the children started to complain due to the unpleasant smell let out by the rotten potatoes.

Besides, those having 5 potatoes also had to carry heavier bags. After 1 week, the children were relieved because the game had finally ended....

The teacher asked: "How did you feel while carrying the potatoes with you for 1 week?". The children let out their frustrations and started complaining of the trouble that they had to go through having to carry the heavy and smelly potatoes wherever they go.

Then the teacher told them the hidden meaning behind the game. The teacher said: "This is exactly the situation when you carry your hatred for somebody inside your heart.

The stench of hatred will contaminate your heart and you will carry it with you wherever you go.

If you cannot tolerate the smell of rotten potatoes for just 1 week, can you imagine what is it like to have the stench of hatred in your heart for your lifetime???"

Moral of the story: Throw away any hatred for anyone from your heart so that you will not carry sins for a lifetime. Forgiving others is the best attitude to take!

Allah The Almighty




Alhamdulilah what a nice feelings to be in love with ALLAH,

No Pain
No Disappointment
No Worries
Just Blessings
Mercy & Peace Of Mind...




Ustaz Don Daniyal

Pesanan wat semua bakal suami dan suami2 diluar sana..



Muslim Girl





Dear sisters,fulfill your duties towards Allah because we were created solely to worship Him.Observe the Hijab for the sake of Allah before death comes unannounced.
"Hijab is not a piece of cloth on your head it's a way of life"

~Mulianya Seorang Muslimah~





Dear Ukhti fillah!.,

Engkau adalah bunga kehidupan, teramat sayang memperlakukanmu dengan kasar kerana hal itu akan merosakkan keindahan yang ada dalam dirimu dan menodai kesempurnaanya sehingga menjadikannya layu tak berseri. Allah telah memuliakanmu, mensucikanmu dan mengangkat darjatmu dalam agama ini, kerana itu raihlah ia dengan memupuk ketaatanmu pada-Nya, merajut benang-benang kehidupanmu diatas jalan Allah dan manhaj Rasulnya agar kebahagiaan tak pernah jemu menghampirimu. Ingatlah selalu firman-Nya:

"Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasulnya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Al -Ahzab:71).

Camkanlah selalu dalam hatimu, bahwa berjalan diatas kebenaran (sunnah) ibarat memegang bara api, banyak aral dan rintangan yang menghalangimu. Lihatlah keluar, musuh kita bersatu padu untuk menghancurkan kita. Dengan segenap daya dan upaya mereka ingin agar kita melepaskan pakaian akhlak dan rasa malu dalam diri kita, sehingga mereka lebih berleluasa menguasai agama ini. Aku tidak ingin, dirimu dan juga diriku (dengan izin Allah) menjadi korban serigala-serigala liar itu kerana  itu palingkan wajahmu daripada mereka dan sambutlah dengan penuh suka cita jalan kebenaran yang ditawarkan Allah dan Rasul-Nya. Peganglah tali agama Allah itu dengan sekuat tenaga agar tidak jatuh dalam kehancuran. Buatlah mereka marah dan sedih dengan keteguhanmu berpegang pada agamamu, dengan menjaga rasa malumu dan beriltizam dengan hijabmu.

Dear Ukhti fillah!.,

Sesungguhnya mereka iri dengan apa yang kita miliki, wanita-wanita mereka telah terperosok jauh dalam calitan dosa, kehinaan dan maksiat sehingga tidak ada lagi yang boleh diharapkan. Sedangkan engkau??? Engkau adalah wanita berkedudukan tinggi, engkau wanita dengan kemuliaan, kesucian dan kehormatan yang tinggi. Kedudukanmu tinggi karena Al -Qur'an, engkau mulia dengan iman dan suci kerana engkau berpegang teguh pada agama ini. Oleh karena itu engkau adalah mutiara yang teramat mahal, tidak sembarangan orang boleh menyentuhnya apalagi menyakitinya. Itulah kelebihan dan keistimewaan yang tidak akan kau dapati selain dalam agama ini.

Maka wahai ukhti fillah Al 'Afifah, yang senantiasa solat dan sujud kepada Dzat yang Maha Hidup dan terus menerus mengurus makhluknya, dan menundukkan pendengaran dan penglihatan untuk-Nya, cukuplah hadis Rasulullah berikut sebagai penyejuk hati :

"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah." (HR. Muslim).

Ya, engkau adalah sebaik-baik perhiasan dunia, engkau adalah harapan agama, yang diharapkan dapat melahirkan generasi robbani. Perhiasan itu tidak mudah didapat, harganya terlalu mahal dan menjaganya pun tidaklah mudah. Setiap makhluk Allah ingin mendapatkannya, namun tidak semua boleh memilikinya. Ia memberikan kesejukan dikala hati gersang dan menyegarkan pandangan dikala mata suram. Perhiasan dunia itu, dalam kehidupannya senantiasa menampakkan kemuliaan dirinya. Bagaikan sekuntum mawar yang sedang mekar, harumnya tergambar dari pribadinya yang santun. Tunduk pandangannya, tegas bicaranya.

Sedikitpun tidak ada keraguan jika meninggalkannya di rumah. Ia menjaga harta suaminya, mendidik anak-anaknya dan senantiasa menjaga kehormatan diri dan suaminya. Dalam kehidupan sehari-hari senantiasa diselimuti prestasi. Ia tahu mana kegiatan yang disukai Rabbnya , untuk itu ia tidak pernah putus asa. Ia senantiasa menjaga kesucian dirinya. Tidak mudah mengeksploitasi diri dan kehormatannya, apalagi untuk menggoda lelaki lain. Kerana itu ingatlah selalu, bunga istimewa hanya untuk yang istimewa.


Dear Ukhti fillah!.

Itulah gambaran tentang dirimu. Sungguh teramat agung kedudukanmu. Maka senantiasalah bersyukur kepada-Nya atas semua kurnia, rahmat dan petunjukNya. Takutlah engkau pada Allah dan laksanakan tugas-tugas yang Dia wajibkan kepadamu agar engkau termasuk dalam golongan hambaNya yang selamat dan bahagia di dunia maupun di akhirat. Bertaqwalah kepada Allah, semoga Allah memberikanmu taufiq kepada apa-apa yang dicintai dari apa-apa yang engkau dengar dan engkau baca.

:: YANG TERTUTUP ITU LEBIH INDAH ::

Doa Nurun Nubuwwah




Makna Doa Nurun Nubuwwah:

“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. 

Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orangyang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul Hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih lagi memiliki singgasana yang Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku, cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s.,orang-orang yang masih hidup dan semoga tetap ancaman siksa bagiorang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha SuciAllah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”


Fadhilat-fadhilat doa Nurun Nubuwwah:
Doa Nurun Nubuwwah di katakan memiliki khasiat yang sangat byk dan sangat menakjubkan terhadap siapa yang suka membaca dan mengamalkannya dengan ikhlas hati benar-benar kerana Allah.


(1) Pelindung dari Sihir.Di riwayatkan, bahawa Rasulullah SAW bersabda setelah solat Subuh ketika duduk-duduk bersama para sahabat di Masjidil Haram, tiba-tiba datanglah Malaikat Jibril a.s. membawa doa Nurun Nubuwwah, seraya berkata : ”Wahai Rasulullah, aku telah di utus oleh Allah Subhanahu WaTaala untuk menyampaikan doa ini kepadamu, Rasulullah”. Selanjutnya beliau bersabda :”Doa Nurun Nubuwwah ini banyak sekali faedahnya bila dibaca dan diamalkan. Dan apabila tidak dapat membaca atau tidak hafal, maka cukuplah ditulis, kemudian tulisan tersebut disimpan dalam rumah, maka Allah akan senantiasa memberikan perlindungan kepada penghuni rumah itu dari sihir atau penyakit.

(2) Hajat Tercapai.Barangsiapa yang membaca dan mengamalkan doa ini secara istiqamah pada setiap selesai solat sekurang-kurangnya sekali, maka Insya Allah apa pun hajatnya akan segera terlaksana.

(3) Penyelamat daripada gangguan makhluk halus.Bilamana doa Nurun Nubuwwah ini ditulis pada kertas lalu tulisan tersebut di letakkan pada tanaman, Insya Allah tanaman tersebut akan selamat dari hama, apabila di letakkan pada tempat-tempat yang menakutkan atau pada tempat-tempat yang ditempati syaitan atau iblis,jin atau hantu dan segala macam jenis makhluk halus, maka dalam waktu singkat mereka akan bubar dan meninggalkan tempat tersebut tanpa kembali lagi.

(4) Dimuliakan orang.Rasulullah SAW bersabda , ”Jika kamu ingin dimuliakan oleh orang lain, maka bacalah Doa Nurun Nubuwwah.”

(5) PengasihBilamana anda ingin mendekati raja / menteri atau orang yang berpangkat atau berkumpul dengan orang banyak maka bacalah doa ini pada tiap hari sekurang-kurangnya sekali, Insya’Allah semua orang yang anda dekati itu akan menaruh kasih sayang.

(6) Air masin menjadi tawarBilamana anda pergi belayar naik perahu, kemudian disitu anda kehabisan air minum, maka bacalah doa ini pada air laut, Insya’Allah air laut yang semulajadi masin itu berubah menjadi tawar dan boleh anda minum.

(7) Bertemu para nabi.Rasulullah SAW bersabda: ”Barangsiapa yang ingin bertemu dengan para Nabi, maka bacalah doa Nurun Nubuwwah sebanyak seratus kali,kemudian tidur, Insya’Allah akan mimpi bertemu dengan para Nabi, disamping itu siapa pun pun yang melihatnya akan menaruh kasih sayang,dan hendaknya tidak terhenti dalam mewiridkan doa Nurun Nubuwwah ini hingga sampai anak cucu.

(8 ) Penyembuh Kesakitan.Bilamana ada orang sakit, maka bacalah doa ini pada minyak (minyak kelapa / sawit wijen), kemudian sapukan pada tempat yang sakit, Insya’Allah akan lekas sembuh.

(9) Mengubat dari kerasukan.Bilamana ada orang di rasuk hantu, syaitan dan jin, atau gila, maka cara mengubatinya adalah sebagaimana di atas.

(10) Kuat berjalanBilamana anda ingin kuat berjalan, bacalah doa tersebut pada daun sirih yang bertemu ruasnya, kemudian sapukanlah mulai dari kepala hingga kaki, Insya’Allah anda akan kuat berjalan walau sejauh perjalanan yang anda tempuh itu.

(11) Turun hujan.Bilamana akan turun hujan dalam suatu perjalanan, agar anda tidak kehujanan, maka bacalah doa tersebut, Insya’Allah tidak jadi turun hujan.

(12) Pengaman bagi orang bertengkarBilamana ada orang yang bertengkar, sedang anda ingin melerainya maka bacalah doa ini, Insya’Allah orang yang bertengkar itu akan berhenti dan akhirnya saling memaafkan.

(13) Musuh menjadi takutBilamana anda pergi berperang (fisabilillah), bacalah doa ini,Insya’ Allah tidak di kejar musuh, bahkan musuh akan lari tunggang langgang ketika bertemu dengan anda.

(14) Sulit bersalin.Bilamana ada wanita bersalin yang sulit, maka bacalah doa ini pada pinggang atau mangkuk putih yang berisi air, kemudian airnya diminumkan, Insya’ Allah bayinya akan segera keluar tanpa kesulitan yang di derita oleh sang ibu.

(15) Sakit mataBilamana ada orang sakit mata, maka bacalah doa ini lalu tiupkan pada mata yang sakit itu. Insya’Allah akan lekas sembuh.

(16) Penawar gigitan ularBilamana ada orang digigit ular, atau kena sengatan binatang berbisa, atau kena racun dan penyakit lain, maka bacakanlah doa tersebut pada tempat yang terkena gigitan atau sengatan itu, Insya’Allah akan lekas sembuh.

(17) Raja Jin.Bilamana anda ingin mendatangkan raja jin, maka bacalah doa ini sebanyak seratus kali dalam keadaan tidak berhadas (suci), baik suci badan dan tempat, kemudian masuk ditempat yang sepi pada malam Jumaat.Insya’ Allah anda akan dijumpai oleh si raja jin itu.

(18 ) Terhindar dari Kekufuran.Bilamana anda membaca doa ini pada malam Jumaat sebanyak lima puluh kali, Insya’Allah akan terhindar dari kekufuran, bid’ah dan dijauhkan dari perbuatan buruk.

(19) Menjumpai Jin.Suatu keajaiban yang luar biasa bilamana ada jin yang ingin menyerupai manusia, maka jadi lah ia manusia lantaran berkah-Nya doa Nurun Nubuwwah ini, begitupun manusia jika ingin menjumpai jin, maka ia mengamalkan doa tersebut.

(20) Penyelamat siksa neraka.Bilamana doa ini di baca setiap hari, maka akan selamat dari siksa neraka, selamat dunia akhirat dan terhindar dari godaan syaitan.

(21) Ingin mimpi yang indah.Bilamana anda ingin mimpi yang indah, maka bacalah doa ini pada malam Sabtu, sebanyak seratus kali, Insya Allah akan tercapai.

(22) Awet MudaBilamana anda baca pada malam Minggu, maka anda boleh awet muda walau usia sudah lanjut.

(23) Memberi keselamatan.Bilamana anda baca pada malam Isnin, maka Allah akan memberikan keselamatan kepada anda, dijauhkan dari malapetaka.

(24) Menjadi kuatBilamana anda baca pada malam Selasa, maka anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(25) Gigitan yang kuatBilamana anda baca pada malam Rabu, maka gigi anda akan menjadi kuat, serta terjauh dari penyakit.

(26) Penyeri wajah.Bilamana anda baca pada malam Khamis, maka wajah anda bertambah elok sehingga banyak wanita yang terpikat.

(27) Binatang menjadi patuh.Bilamana anda baca pada malam Jumaat, maka semua binatang yang buas akan menjadi patuh terhadap anda.

(28 ) Melamar wanita.Bilamana anda ingin melamar seorang wanita, maka berpuasalah sehari dan malamnya jangan tidur, kemudian bacalah doa ini terus menerus ditempat yang sunyi, Insya’Allah lamaran anda di terima.

:: apa yg paling pnting, kebergantungan kita kepada Allah. ::

Perkara Yang Yahudi Suka Dan Kita Pun Lakukan

Bismillahirrahmanirrahim.
Disini ada sedikit perkongsian kepada umat islam tentunya..
  
Protokol ke 10 Ya'hudi mengandungi 8 perkara....

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang
panjang berjela... Adaanak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa
depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hinggakita terfikir.... ..
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret..... .( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. .....Sport.. .
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan....
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL......
Yahudi gol lagi........sampai ada ulamak kata...kerana sukan
...sembahyang boleh tangguh....Mashaalla h,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan... .
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ...
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi.....

8.. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check....halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap....
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi.... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH....... ....... oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....

Kisah benar penuh teladan

Saya terima satu emel menarik untuk perkongsian semua:
--------------------------------------------------------------


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar  'MembangunBersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut/mendadak di tempat perniagaan dan kompleks jual beli-belah, untuk memastikan para pekerja di setempat menutup aurat.


Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan/aturan yang ditetapkan.


Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda lah...


Setelah surat diberikan oleh pegawai PBT, Ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan. Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah.


Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga. Kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."


Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "KALAU TUHAN TU BAIK, KENAPA BUAT NERAKA? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"


Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung/jilbab..


Ustaz tu terkedu&terkejut sekejap. “Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.”
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Lebih baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.


Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga/terheran-heran dengan muka confused.


Ustaz tu pun jelaskan ."perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga. Maka apa guna jadi orang baik?


Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga.


Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga, lepas itu boleh rogol lagi kalau dia nak. Takde ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" tanya ustaz.


"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"Gadis tu terdiam.


Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. "